Setelah bertungkus lumus selama 3 tahun...akhirnya kini apa yang aku impikan menjadi milikku. IJAZAH SARJANA @ MASTER DEGREE...
Terimakasih Allah.... Terima kasih suamiku, Sabar Hussin yang tercinta... Terima kasih anak-anakku Syafiq Safwan dan Mustafa Lutfi... Terima kasih emak dan ayah.... Terima kasih sahabat yang memberi sokongan. Kalian semua adalah permata di hatiku. Kalian menerangi saujana laluan kejayaan ku ini. Terima kasih semua.
Walaupun di awalnya aku berasa ragu-ragu. Berbagai pertanyaan. Berbagai andaian. Macam2 kebimbangan itu dan ini. Bolehkah aku. Mampukah aku. Ohh...layak ke aku yang dah terlebih matang ni nak bergelar student semula. Anak-anak pun sedang belajar di IPT. Si abang sedang buat degree. Adik baru masuk foundation Bersaing pulak aku dengan anak-anakku. Berlumba juga dengan kesibukkan kerja aku sendiri sebagai guru. Faham-faham ajelah kerja guru sekarang. Nonstop... Overlapping sentiasa. Ni aku nak add satu lap lagi. Huhuu... Penyakit.
Tapi ini yang aku angankan. Yang aku impikan. Biarpun ada dah sampai ke telinga aku...yang kata aku ni tamak. Tak habis-habis belajar. Stop-stoplah. Biar anak aje yang belajar. Nak Gaji besar mana lagi. Nak belajar sampai ke liang lahad ke? Aduhh...hangat telinga. Karang-kadang rasa nak jawab je. Tak tau ke ada hadis yang duk suruh belajar dari buaian hingga ke liang lahad tu.
Dalam hati aku, takkan benda-benda tu semua mudah-mudah boleh buat aku lupakan cita-cita aku. Takkan nak hancurkan impian aku dengan cakap-cakap orang yang tak suka melihat kejayaan aku tu. Kalau aku ikut cakap dia orang, puas hati ke mereka? Mereka akan berhenti ke bercakap tentang aku? Takk... Mereka akan cari lagi benda lain nak condemn aku. Bagaimana dengan hati aku sendiri. Happy ke dapat memuaskan hati mereka? Inikah finish line yang aku cari dalam hidup aku? Ikut cakap orang??
-kenal kwn sejati
-jgn bergantung sgt pd org
-jgn jdkan kewangan 1 kekangan
-cari sokongan moral dr media sosial - yg positif
- baca pengalaman org yg dah berjaya wpun dah berumur
-jgn tunggu dpt bahan complete - buat je dulu apa yg dpt massa tu
-sentiasa buat (klu tak menaip, just reading...reading) apa aje yg berkaitan dgn tesis
-jgn berhenti lama.... Akan malas dan susah nak Mulakan semula...hilang semangat
-percaya kebolehan diri
BACALAH SAYANG
Sekapur sireh seulas pinang... Masa emas izinkan ku rampas... Sekadar menjentik tunas rasa... Mengasah minda sementara usia masih dipinjamkan...
Assalamualaikum...
Terima kasih kerana sudi berkongsi coretan saya di halaman ini.
Khamis, 10 Julai 2025
Sabtu, 25 Mei 2024
RUMAH TRADISIONAL MELAYU ❤Kesayanganku❤ Rumah Tua Di Kg Kelibang Kerdau Temerloh Pahang
![]() |
Halaman sisi |
![]() |
Pondok wakaf |
![]() |
Ruang tamu |
![]() |
Anjung utama |
Alhamdulillah. Puashati.
Itu saja yang tepat menggambarkan betapa gembira
hati aku kerana berjaya menjadikan rumah tua ini
terbina semula mengikut gaya idamanku.
![]() |
Rumah asal moyang suami Nota: Rumah ini asalnya mempunyai ruang dapor di bahagian belakang tapi atas faktor usia, banyak bahagian telah reput dan terpaksa diruntuhkan. |
![]() |
Sebelum ![]() Hampir siap ![]() Sempurna |
![]() |
Anak bongsuku Mustafa Lutfi |
![]() |
Anak sulungku Syafiq Safwan bersama suamiku![]() |
...on the way
![]() |
Ruang dapur baru bermula |
![]() |
Anjung sisi dalam perancangan |
![]() |
Siap dapur dan anjung sisi |
...warna asli
![]() |
Ukiran peleh kesukaanku. Hasil tangan tukang ukir yang tinggal berhampiran. |
![]() |
Menghadap jalan Temerloh - Jerantut |
![]() |
Alhamdulillah berjaya disempurnakan |
![]() |
Kehijauan yang sentiasa menyejuk hati *********** Semoga pewarisku dapat menjaga harta kecil kesayanganku ini. |
Sabtu, 31 Disember 2016
Sakitnya Tuh Di Sini
Cukup menyakitkan bila segala yang kita lakukan selama ini hanya dianggap sebagai 'welfare'. Tiada terselit rasa kasih dicelah pemberian tersebut. Aku juga ibarat counter ATM yang dilekatkan pada dinding batu. Tiada perasaan tiada hati. Tak perlu dihormati atau disayangi. Cukup dengan menekan butang-butang yang diperlukan. Segala keperluan hanya melalui sentuhan jejari kosong tanpa jiwa.
#sakitnyatuhdihati#
Khamis, 15 Disember 2016
Submit Day
Sampai juga aku ke detik ini. Alhamdulillah ...Project Paper aku telah berjaya disubmit hari ini.
Paling happy bila dua lagi sahabatku yang sama2 berjuang untuk mengambil master ini, dapat turut bersama menghantar kertas projek di hari yg sama. Dari mula hingga akhir kami bersama...syukur alhamdulillah ...aku dianugerah sahabat yang sanggup bersusah dan senang ....tetap bersama. Moga kami berjaya berada di pentas konvo bersama juga...
Titik Akhir
Terima kasih ya Allah....hari ini paling bahagia semenjak dua tahun lalu...
Akhirnya aku berjaya menyelesaikan Projek Master ku....aku bagai bermimpi bila semua kekalutan, tekanan yang ku lalui selama penyelidikan ini telah selesai hari ini.
Alhamdulillah ....
Tiada pada yang lain ucapan syukur ku kerana segala ketabahan dan kesabaran yang Kau kurniakan kepadaku....hari ini segala kesukaran dulu terasa hilang bila akhirnya meletakkan noktah di hujung perjuangan ku...
Sabtu, 28 November 2015
Aku Sudah Di Garisan Penamat
Pertamanya, alhamdulillah. Besar sangat rasa kesyukuran aku ketika ini. Kenapa? Aku kini telah berjaya menempuh saat sukar selama setahun dalam pengajian Master aku ini. Walaupun masih berbaki dua semester, tapi hari ini telah berakhir kelas tutorial mingguan yang harus aku hadiri selama dua belas bulan yang telah berlalu.
Kedua, akhirnya aku berjaya mengatasi rasa cemas dan kekalutan setiap kali akan menyiapkan assignmen dan exam. Walaupun sebenarnya ada satu lagi tugasan besar yang menanti iaitu yang paling utama/wajib dalam melayakkan aku diiktiraf sebagai pemegang Sarjana. Kertas Projek. Tapi....aku tak mahu memikirkannya lagi. Aku hadap ajelah bila sampai masanya nanti.
Aku nak rest sekejap sehari dua. Nak regang2 urat sikit. Release tensionlah....konon2nya. Sebab lepas ni nak mula menulis proposal untuk project paper pulak. Pun...tengah pening jugak ni. Nak cari supervisor dulu. Lecturer pun belum book lagi. Tengah usha2. ....tidur dulu.
Jumaat, 3 Julai 2015
Menuju Puncak Impian
Alhamdulillah....
Aku sudah sampai ke semester tiga. Syukur... aku masih bersemangat tinggi walaupun kadang2 memang semput sempit dengan segala kepayahan. Segulung IJAZAH SARJANA yang aku idam2kan sentiasa menjadi penguat semangat.
Soal kerja...memang takkan habis. Tapi itu punca rezeki. Bawak jugalah. Ok je..masih boleh kayuh walaupun beban bertambah. Arahan dan permintaan boss tetap dikerjakan. Masih mampu dilaksanakan kerana tidak mahu dianggap mengambil kesempatan dengan alasan belajar ini. Aku yang memilih beban ini...so aku sendiri kena grab beg berat dan besar ni. Insyaallah aku yakin aku mampu settle walaupun kadang2 menyesakkan nafas.
...saat ini aku sedang dalam rutinku menyiapkan assignmen2 yang akan disubmit serentak on coming Sunday. Mau pijar dah biji mata menghadap laptop. Hari ini Sabtu. Tak sekolah dan tak ada tutorial. Memang peluang cantik untuk aku menyiapkan tugasan2 aku yang rasa2 macam tak surut2. Pagi2 lagi aku start. Satu subjek dah nak settle. Ringan sikit. Two more to go... Ya Allah ...help me please!
Aku sudah sampai ke semester tiga. Syukur... aku masih bersemangat tinggi walaupun kadang2 memang semput sempit dengan segala kepayahan. Segulung IJAZAH SARJANA yang aku idam2kan sentiasa menjadi penguat semangat.
Soal kerja...memang takkan habis. Tapi itu punca rezeki. Bawak jugalah. Ok je..masih boleh kayuh walaupun beban bertambah. Arahan dan permintaan boss tetap dikerjakan. Masih mampu dilaksanakan kerana tidak mahu dianggap mengambil kesempatan dengan alasan belajar ini. Aku yang memilih beban ini...so aku sendiri kena grab beg berat dan besar ni. Insyaallah aku yakin aku mampu settle walaupun kadang2 menyesakkan nafas.
...saat ini aku sedang dalam rutinku menyiapkan assignmen2 yang akan disubmit serentak on coming Sunday. Mau pijar dah biji mata menghadap laptop. Hari ini Sabtu. Tak sekolah dan tak ada tutorial. Memang peluang cantik untuk aku menyiapkan tugasan2 aku yang rasa2 macam tak surut2. Pagi2 lagi aku start. Satu subjek dah nak settle. Ringan sikit. Two more to go... Ya Allah ...help me please!
Langgan:
Catatan (Atom)