Assalamualaikum...

Terima kasih kerana sudi berkongsi coretan saya di halaman ini.

Rabu, 9 Julai 2014

Tabahkan hatimu anakku sayang...

Hari ini adalah hari pertama anakku menjalani Latihan Industri (LI). Semalam aku melihat betapa keresahan yang melanda perasaan anakku ini. Aku sendiri gelisah melihatnya. Teringat aku semasa kali  pertama aku praktikum mengajar di sebuah sekolah. Gedebak gedebuk bagai nak rak dalam hati aku. Jantung bagai nak pecah bila membayangkan apa yang bakal aku lalui hari ini. Bersilang ganti muka guru besarnya dengan murid2 yang akan aku hadapi. Pegang stereng kereta pun terasa menggigil. Ya Allah....takutnya. Malunya. Segalanya berkecamuk dalam otak aku. Tapak tangan berpeluh. Walaupun aircond kereta berderu keluar macam kabus pagi. Huh.... Terasa segar kenangan yang menakutkan itu. Syukurlah aku berjaya menempuhinya hingga selesai.

Wajah anakku membangkitkan simpati yang bukan kecil dalam hatiku. Suamiku juga aku lihat sedikit keresahan. Tapi seperti biasa dia hanya mendiamkan diri. Berdebar aku seharian mengenangkan apa yang sedang dihadapi oleh anakku di tempat latihannya. Aku balik dari sekolah awal sedikit dari hari biasa. Bulan puasa ni boss aku benarkan kami balik awal. Besar pahala boss dapat. Walaupun sedikit je sedekahnya. Setengah jam awal dari biasa. 

Terasa lama pulak menunggu pukul lima. Sekejap2 aku menoleh ke arah jam di dinding. Sambil itu aku mengeluarkan bahan2 utk memasak. Hampir pukul enam. Anakku masih belum balik. Makin berdebar hati aku. Suami aku pun mula menanya tentang anakku. Sebentar kemudian terdengar deruan motosikal masuk ke garaj rumahku. Alhamdulillah. Sampai juga anakku akhirnya. Tak Sabar rasanya nak menanya pengalamannya sepanjang hari ini. 

Tapi dalam hati aku...ahh tak pentinglah apa yang dilaluinya. Yang penting dia dah sampai ke rumah. Aku dah cukup gembira dia selamat sampai dan masih mampu bercerita tentang pengalamannya hari ini dalam keadaan yang agak ceria. Syukur alhamdulillah dia berjaya menempuh hari pertamanya. Sampai ke waktu berbuka puasa dia masih bercerita. Aku hanya menyampuk sekali sekala. Banyaknya suamiku yang bertanya itu ini. Seperti dia pulak yang lebih terujanya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan