Saidina Abu Bakar r.a
Ibnu Ishak meriwayatkan: "Ketika Abu Bakar telah masuk Islam, beliau mulai ikut berdakwah. Abu Bakar memiliki keperibadian yang luhur. Beliau dikenali oleh kaumnya sebagai seorang yang berhati mulia dan mudah menghulurkan bantuan kepada sesiapapun. Kerana itu, beliau selalu dikunjungi orang ramai untuk meminta pertolongan.
Kesempatan tersebut digunakan sebaiknya untuk berdakwah. Beliau sering mengajak teman akrabnya untuk beriman kepada Allah. Dengan usaha yang tak mengenal putus asa serta kesucian cita-citanya untuk melihat Islam berkembang, maka beliau berjaya menarik minat beberapa orang sahabatnya memeluk Islam. Antaranya ialah Zubair bin Awwam, Usman bin Affan, Talha bin Ubaidillah, Saad bin Abi Waqas dan Abdurrahman bin Auf r.a.
Kesemua sahabatnya itu dibawa berjumpa Rasulullah. Setelah diajar oleh Nabi s.a.w tentang Islam dan dibacakan beberapa potongan ayat Al-Qur'an, maka para sahabat Saidina Abu Bakar tersebut pun masuk Islam, seterusnya menjadi antara para sahabat yang setia dan sanggup berkorban demi memperjuangkan Islam.
(Al-Bidayah jilid 3 halaman 29) - dipetik dari kitab KEHIDUPAN PARA SAHABAT RASULULLAH SAW karangan Muhamad Yusuf Al-Kandahlawy
......semoga kita dapat mencontohi apa yang dilakukan oleh Saidina Abu Bakar r.a ini demi kesinambungan usaha mulianya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan