Assalamualaikum...

Terima kasih kerana sudi berkongsi coretan saya di halaman ini.

Rabu, 18 September 2013

DAKWAH SAHABAT RASULULLAH S.A.W

Saidina Abu Bakar r.a

        Ibnu Ishak meriwayatkan: "Ketika Abu Bakar telah masuk Islam, beliau mulai ikut berdakwah. Abu Bakar memiliki keperibadian yang luhur. Beliau dikenali oleh kaumnya sebagai seorang yang berhati mulia dan mudah menghulurkan bantuan kepada sesiapapun. Kerana itu, beliau selalu dikunjungi orang ramai untuk meminta pertolongan.

        Kesempatan tersebut digunakan sebaiknya untuk berdakwah. Beliau sering mengajak teman akrabnya untuk beriman kepada Allah. Dengan usaha yang tak mengenal putus asa serta kesucian cita-citanya untuk melihat Islam berkembang, maka beliau berjaya menarik minat beberapa orang sahabatnya memeluk Islam. Antaranya ialah Zubair bin Awwam, Usman bin Affan, Talha bin Ubaidillah, Saad bin Abi Waqas dan Abdurrahman bin Auf r.a.

        Kesemua sahabatnya itu dibawa berjumpa Rasulullah. Setelah diajar oleh Nabi s.a.w tentang Islam dan dibacakan beberapa potongan ayat Al-Qur'an, maka para sahabat Saidina Abu Bakar tersebut pun masuk Islam, seterusnya menjadi antara para sahabat yang setia dan sanggup berkorban demi memperjuangkan Islam.

(Al-Bidayah jilid 3 halaman 29) - dipetik dari kitab KEHIDUPAN PARA SAHABAT RASULULLAH SAW karangan Muhamad Yusuf Al-Kandahlawy


......semoga kita dapat mencontohi apa yang dilakukan oleh Saidina Abu Bakar r.a ini demi kesinambungan usaha mulianya.

KENALI TANDA SIHIR

Sebagai bacaan sendiri dan perkongsian ilmu dengan sahabat...


  1. Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
  2. Badan terasa berat dan malas.
  3. Sukar mendapat jodoh.
  4. Badan terasa bisa-bisa.
  5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.
  6. Sukar tidur malam.
  7. Sakit pinggang tanpa sebab.
  8. Sakit dada bila waktu asar keatas.
  9. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
  10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
  11. Bermimpi di tempat tinggi.
  12. Bermimpi di tempat yang kotor.
  13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
  14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
  15. Bayi kerap menangis.
  16. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
  17. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
  18. Malas beribadat.
  19. Nyanyuk ketika usia lanjut.
  20. Panas baran.
  21. Sikap berubah secara mendadak.
  22. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
  23. Suka melakukan tabiat buruk.
  24. Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
  25. Kerap keguguran.
  26. Gagal melakukan hubungan kelamin.
  27. Mengantuk bila dengar al-quran.
  28. Bermimpi seram yang menakutkan.
  29. Darah haid turun lebih 15 hari.
  30. Batuk yang berpanjangan.
  31. Selalu ditindih ketika tidur.
  32. Kuat berangan.
  33. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  34. Nafsu seksual yang melampau.
  35. Selalu melihat kelibat dirumah.
  36. Terasa diri selalu diperhatikan.
  37. Mandul.
  38. Kerap mendengar sesuatu bisikan.
  39. Melihat jin secara terus.
  40. Sakit mental atau gila.

Rabu, 12 Jun 2013

RUMAH TRADISIONAL MELAYU

 Teratak Impianku...

        Sememangnya menjadi impianku untuk memiliki rumah kayu sesuai dengan jiwaku yang sukakan apa saja perkara yang berkaitan dengan masa silam. Mungkin ditakdirkan untuk aku berupaya mencapai impianku itu. Betapa bersyukurnya aku. Bagi aku semua ini adalah anugerah Allah. Tak semua orang beruntung menggapai impian mereka. Aku kira, tuah telah menyebelahi aku.





        Paling aku bersyukur apabila rumah ini juga menjadi lokasi reunion untuk keluargaku di setiap kali lebaran menjelma. Walaupun kedua orang tua (sebelah suami) telah lama meninggalkan kami, namun kami tetap dapat berkumpul seperti biasa. Bahkan mereka yang sekadar kenalan pun turut gemar bertandang ke rumah ini. Ada berkat dan rahmat. Itu kata beberapa orang tua2 yang pernah menjadi tetamu. Tidak pernah terlintas untuk aku merasa besar hati atau bermegah dengan kewujudannya. Tapi aku sangat bersyukur dapat berkongsi merasai suasana rumah lama dengan orang lain.