Telah sampai ke penghujung semester pertamaku dalam study master ni. Fuhhh....memang gila. Tiba2 aku rasa macam terjun ke dalam kuali goreng pisang yang sedang menggelegak. Memang betul apa yang aku dengar dan baca pengalaman orang yang pernah study master ni. Banyak yg perlu diketepikan. Media2 sosial yg dulu aku tekuni....kini sekadar jenguk2 lebih kurang saja...tak sempat semua tu. Kalau nak jenguk lama2 macam dulu, alamat tak siaplah assignment yang dah hampir lupa bagaimana nak memulakannya.
Hari pertama kelas, terus dapat tiga assignmen. Nak tersedak rasa. Nak pitam pun ada. Terkejut badak lagi. Tengah terpinga-pinga terus dihempap dgn job yg berlambak. Aduuuhai...larat ke aku yg dah tak lama lagi nak masuk alam warga emas ni. Mana kerja sekolah yang tak pernah habis nak diselesaikan. Mana bahan rujukan yang aku nak cari. Asyik2 jumpa Uncle Google jelah. Tapi mana cukup.... Jadi karangan budak sekolahlah kalau harapkan pakcik tu saja.
Paling aku sengalnya....BP aku ni dah mula pacak. Asyik jumpa doktor....sakit belakang pun masa nilah datangnya. Jangan stress.... Tidur awal... Ayat2 doktor tu sedapnya didengar....tapi semuanya tak menepati keperluan aku buat masa ini. Ketiga-tiga assignmen tu mesti disiapkan serentak dalam tempoh dua minggu. Tak tegang urat tengkuk dibuatnya. Tambah pulak kena present setiap subjek tu. Kena siapkan Power Point lagi. Tak layanlah kertas majong. Nasib baik aku ni dikategorikan kaki gajet juga. Tak adalah buta sangat benda2 alaf baru ni.
Minggu ni adalah kelas terakhir untuk semester ni. Seminggu lepas tu final exam. Mak aiii....boleh ke aku buat. Ya Allah, tolong hambaMu ini. Kuatkan semangat aku. Kurniakan aku kesihatan yang baik. Permudahkanlah aku menjalani study master aku ni... Kekalkanlah semangat aku di tahap yang tertinggi seperti di awal2 dulu....
Sekapur sireh seulas pinang... Masa emas izinkan ku rampas... Sekadar menjentik tunas rasa... Mengasah minda sementara usia masih dipinjamkan...
Assalamualaikum...
Terima kasih kerana sudi berkongsi coretan saya di halaman ini.
Isnin, 1 Disember 2014
Selasa, 30 September 2014
Minda Cendikiawan
Anda mungkin tidak dapat mengendalikan keadaan, tapi anda dapat mengendalikan fikiran anda. Fikiran positif menghasilkan perbuatan dan hasil yang positif.
Dr. Ibrahim Elfiky.
Aristoteles.
Barang siapa memperbaiki hubungannya dengan Allah, nescaya Dia memperbaiki hubungannya dengan orang lain. Barang siapa memerhatikan urusan akhiratnya, Allah akan memerhatikan urusan dunianya. Barang siapa menjadi penasihat bagi dirinya sendiri, Allah akan menjadi penjaganya.
Ali bin Abi Thalib.
......sekadar renungan bersama.
Sabtu, 27 September 2014
Dream Comes True
Hari ini bermulalah Dunia baruku. Mungkin bukan baru sangat tapi setelah 12 tahun aku meninggalkan Dunia lama itu, jadi aku terasa baru semula bila aku kembali menjadi salah seorang dari freshie.
Student. Demikianlah status ku sekarang. Terasa muda pulak bila berulangkali perkataan itu disebut. Hemm...ok juga tu. Alternative untuk menjadi awet muda...hiks. Secara physically mungkin tak boleh, so...subway it's ok too. Rasa best juga bila start kelas 1st day. Semakin mudalah pulak bila disebut freshie. Really young. Sangat fresh dari ladang...gitu.
Sememangnya dah lama aku berangan. Buat Master. Macam mimpi je. Tapi tahun2 sebelum ini aku memang acap kali bermimpi tentang buat master ni. Aku boleh kata memang lebih dari sepuluh kali mimpi tu hadir dalam tidurku. Mungkin itu bawaan anganan aku yang kadang2 meluap sangat.
Tarikh 27/09/2014 telah menjadikan mimpiku satu kenyataan. Aku telah berjaya duduk di dalam kuliah berstatus postgraduate. Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana engkau makbulkan hajatku. Terima kasih yang tak terhingga juga buat suamiku tercinta yang mengizinkan aku belajar semula. Tak lupa buat anak2ku yang turut menyokong cita2ku ini. God bless you semua sayang.
Jumaat, 11 Julai 2014
PALESTIN... Darahmu Airmata Kami
Saudaraku di Palestin.... Allah saja mengetahui betapa simpatinya kami dengan nasib kalian. Hanya doa kepada Allah swt kami memohon agar diberi pertolongan untukmu saudaraku. Semoga kalian terus tabah berhadapan ujian Allah ini.
Terlalu menyayat hati melihat penderitaanmu Palestin.
Rabu, 9 Julai 2014
Tabahkan hatimu anakku sayang...
Hari ini adalah hari pertama anakku menjalani Latihan Industri (LI). Semalam aku melihat betapa keresahan yang melanda perasaan anakku ini. Aku sendiri gelisah melihatnya. Teringat aku semasa kali pertama aku praktikum mengajar di sebuah sekolah. Gedebak gedebuk bagai nak rak dalam hati aku. Jantung bagai nak pecah bila membayangkan apa yang bakal aku lalui hari ini. Bersilang ganti muka guru besarnya dengan murid2 yang akan aku hadapi. Pegang stereng kereta pun terasa menggigil. Ya Allah....takutnya. Malunya. Segalanya berkecamuk dalam otak aku. Tapak tangan berpeluh. Walaupun aircond kereta berderu keluar macam kabus pagi. Huh.... Terasa segar kenangan yang menakutkan itu. Syukurlah aku berjaya menempuhinya hingga selesai.
Wajah anakku membangkitkan simpati yang bukan kecil dalam hatiku. Suamiku juga aku lihat sedikit keresahan. Tapi seperti biasa dia hanya mendiamkan diri. Berdebar aku seharian mengenangkan apa yang sedang dihadapi oleh anakku di tempat latihannya. Aku balik dari sekolah awal sedikit dari hari biasa. Bulan puasa ni boss aku benarkan kami balik awal. Besar pahala boss dapat. Walaupun sedikit je sedekahnya. Setengah jam awal dari biasa.
Terasa lama pulak menunggu pukul lima. Sekejap2 aku menoleh ke arah jam di dinding. Sambil itu aku mengeluarkan bahan2 utk memasak. Hampir pukul enam. Anakku masih belum balik. Makin berdebar hati aku. Suami aku pun mula menanya tentang anakku. Sebentar kemudian terdengar deruan motosikal masuk ke garaj rumahku. Alhamdulillah. Sampai juga anakku akhirnya. Tak Sabar rasanya nak menanya pengalamannya sepanjang hari ini.
Tapi dalam hati aku...ahh tak pentinglah apa yang dilaluinya. Yang penting dia dah sampai ke rumah. Aku dah cukup gembira dia selamat sampai dan masih mampu bercerita tentang pengalamannya hari ini dalam keadaan yang agak ceria. Syukur alhamdulillah dia berjaya menempuh hari pertamanya. Sampai ke waktu berbuka puasa dia masih bercerita. Aku hanya menyampuk sekali sekala. Banyaknya suamiku yang bertanya itu ini. Seperti dia pulak yang lebih terujanya.
Jumaat, 6 Jun 2014
Fasa ke empat: Buat Master atau Master Bedroom selamanya
Sekali lagi ombak anganku menggunung dalam hati aku. Sungguh aku berharap kali ini aku berjaya melawan 'kelembikan' semangat aku yang dah mula seronok menyelimuti diri aku ni. Bukan siapa2 pun yg mencurah air hingga tepung lembik tu dah nak cair...melainkan aku sendiri.
'Jembalang' ciptaan aku tu pun sering mengekori setiap kali semangat baru menjelma. Puhhh....jauh lah kau hai jembalang. Aku sumpah kau jadi debu. Ya Allah kuatkan semangat aku ni..... Kali ni mesti betul2 jadi....
Apa lagi aku nak takut. Anak aku pun dah beri sokongan 200%. Sampai saat ini hati aku masih 50-50. Belum register lagi aku dah bayangkan betapa kalut aku nanti....hah aku tak nak fikir pasal tu lagi. Kenapalah otak aku ni serabut sangat. Belum apa2 lagi.
Aku dah dapat cukup carmate members. Satu fasa baru yg memberansangkan. Harap menjadi dan tak ada yg back off. Wan, Zan, Nida...korang jangan cancel. Semangat aku dah membara ni. Jembalang di belakang aku ni pun dah mula lerai....harap terus menjadi debu.
September depan penentu jadi tak jadinya. Harap dilema aku ni bakal berakhir. "Aku tak nak buat master yg memeningkan kepala...... renovate master bedroom lagi baik" ni my buddy punya ayat.... Hemmm... kadang2 ayat ni macam asap yang menerobos corong mindaku. Menjelagakan dinding semangat aku yang tak berapa nak kental ni. Dah macam belon. Boleh ditekan di mana-mana. Ringan dan nipis.
Ya Allah,
Kuatkan semangat aku. Hapuskan jembalang2 dalam diri aku ni.
Help me...help me my God!
'Jembalang' ciptaan aku tu pun sering mengekori setiap kali semangat baru menjelma. Puhhh....jauh lah kau hai jembalang. Aku sumpah kau jadi debu. Ya Allah kuatkan semangat aku ni..... Kali ni mesti betul2 jadi....
Apa lagi aku nak takut. Anak aku pun dah beri sokongan 200%. Sampai saat ini hati aku masih 50-50. Belum register lagi aku dah bayangkan betapa kalut aku nanti....hah aku tak nak fikir pasal tu lagi. Kenapalah otak aku ni serabut sangat. Belum apa2 lagi.
Aku dah dapat cukup carmate members. Satu fasa baru yg memberansangkan. Harap menjadi dan tak ada yg back off. Wan, Zan, Nida...korang jangan cancel. Semangat aku dah membara ni. Jembalang di belakang aku ni pun dah mula lerai....harap terus menjadi debu.
September depan penentu jadi tak jadinya. Harap dilema aku ni bakal berakhir. "Aku tak nak buat master yg memeningkan kepala...... renovate master bedroom lagi baik" ni my buddy punya ayat.... Hemmm... kadang2 ayat ni macam asap yang menerobos corong mindaku. Menjelagakan dinding semangat aku yang tak berapa nak kental ni. Dah macam belon. Boleh ditekan di mana-mana. Ringan dan nipis.
Ya Allah,
Kuatkan semangat aku. Hapuskan jembalang2 dalam diri aku ni.
Help me...help me my God!
Jumaat, 3 Januari 2014
Nak sambung belajar ke tidak?
Dah beberapa kali hasrat aku ni tergendala. Terbantut. Bukan salah sesiapa pun. Aku sendiri yang lembik. Nak buat tapi masih tertunggu-tunggu orang lain. Kut2 ada yang nak join. Sebenarnya takut nak buat sorang2. Nak pergi dah sekian, tak tau macam mana. Kat mana? Belum selok belok jalan lagi. Bimbang macam2. Takut pada perkara yang entah di mana2 lagi. 'Jembalang' yang dicipta sendiri untuk menakutkan diri sendiri supaya tak payah buat.
Master...
Satu perkataan yang dah lama berlegar dalam kepala aku. Aku nak sambung belajar. Aku nak ambik master. Wow... Mampu ke? Boleh ke? Mengarut jelah... Dah tua2 camni... Larat ke? Nanti orang kata mengada-ngada sangat. Dah tua buatlah cara orang tua. Jaga je suami dan anak2 lagi baik. Banyak pahala dapat. Ni kalau sambung belajar mesti mereka terabai. Pelajaran anak2 boleh terganggu. Makan pakai dia orang jangan cerita lah. Sebab aku mesti sibuk. Layan suami pun ala kadar je. Makan...sah lauk beli hari2...macamlah sekarang ni aku rajin sangat mengasap dapur hiiii.....
Aku kat tempat kerja pun dah dapat respon macam2. Ramai jugak yang menyokong tapi lagi ramai yang menambah lembik adunan tepung semangat aku. Daripada hampir 60 colleagues ...adalah dalam dua ke tiga orang yang berminat nak join. Itupun gedebuk gedebak kekangan2 yang dicerita kat aku. Fragility. Tak boleh nak hang sangat harapan.
Ini dah masuk fasa ketiga aku berdilema. Hati tu melonjak nak buat. Tapi suara2 kiri kanan pasang surut antara buat dan tak buat. Sekali fikir pergi ajelah. Nak tunggu bila lagi? Umur semakin lanjut. Komitmen aku sekarang ni taklah berat sangat. Walaupun anak aku pun tengah buat degree... itu tak jadi masalah sebab hanya dia sorang saja. Yang bongsu baru lepas PMR. Insyaallah boleh survive lagi. Suami akupun tak jadi masalah setakat ini. So, apa nak tunggu lagi. Go ahead jelah.
Adooiii...
Gedebuk gedebak... Akupun dah jadi macam orang lain. Cipta alasan sendiri. Paku dulang paku serpih. Aku belum bersedia lagi kut... Eh, bila masa bersedia tu nak sampai ekk?.. Masa nak tunggu aku ke? Sampai fasa ke berapa baru terlaksana hasrat aku nak buat master ni. Atau mungkin tak buat terus...tak ada dah fasa berdilema ni.... Baru aman. Tenang.
Langgan:
Catatan (Atom)