Assalamualaikum...

Terima kasih kerana sudi berkongsi coretan saya di halaman ini.

Jumaat, 3 Januari 2014

Nak sambung belajar ke tidak?

Dah beberapa kali hasrat aku ni tergendala. Terbantut. Bukan salah sesiapa pun. Aku sendiri yang lembik. Nak buat tapi masih tertunggu-tunggu orang lain. Kut2 ada yang nak join. Sebenarnya takut nak buat sorang2. Nak pergi dah sekian, tak tau macam mana. Kat mana? Belum selok belok jalan lagi. Bimbang macam2. Takut pada perkara yang entah di mana2 lagi. 'Jembalang' yang dicipta sendiri untuk menakutkan diri sendiri supaya tak payah buat.

Master...
Satu perkataan yang dah lama berlegar dalam kepala aku. Aku nak sambung belajar. Aku nak ambik master. Wow... Mampu ke? Boleh ke? Mengarut jelah... Dah tua2 camni... Larat ke? Nanti orang kata mengada-ngada sangat. Dah tua buatlah cara orang tua. Jaga je suami dan anak2 lagi baik. Banyak pahala dapat. Ni kalau sambung belajar mesti mereka terabai. Pelajaran anak2 boleh terganggu. Makan pakai dia orang jangan cerita lah. Sebab aku mesti sibuk. Layan suami pun ala kadar je. Makan...sah lauk beli hari2...macamlah sekarang ni aku rajin sangat mengasap dapur hiiii.....

Aku kat tempat kerja pun dah dapat respon macam2. Ramai jugak yang menyokong tapi lagi ramai yang menambah lembik adunan tepung semangat aku. Daripada hampir 60 colleagues ...adalah dalam dua ke tiga orang yang berminat nak join. Itupun gedebuk gedebak kekangan2 yang dicerita kat aku. Fragility. Tak boleh nak hang sangat harapan. 

Ini dah masuk fasa ketiga aku berdilema. Hati tu melonjak nak buat. Tapi suara2 kiri kanan pasang surut antara buat dan tak buat. Sekali fikir pergi ajelah. Nak tunggu bila lagi? Umur semakin lanjut. Komitmen aku sekarang ni taklah berat sangat. Walaupun anak aku pun tengah buat degree... itu tak jadi masalah sebab hanya dia sorang saja. Yang bongsu baru lepas PMR. Insyaallah boleh survive lagi. Suami akupun tak jadi masalah setakat ini. So, apa nak tunggu lagi. Go ahead jelah. 

Adooiii...
Gedebuk gedebak... Akupun dah jadi macam orang lain. Cipta alasan sendiri. Paku dulang paku serpih. Aku belum bersedia lagi kut... Eh, bila masa bersedia tu nak sampai ekk?.. Masa nak tunggu aku ke?  Sampai fasa ke berapa baru terlaksana hasrat aku nak buat master ni. Atau mungkin tak buat terus...tak ada dah fasa berdilema ni.... Baru aman. Tenang.