Assalamualaikum...

Terima kasih kerana sudi berkongsi coretan saya di halaman ini.

Isnin, 1 Disember 2014

Master Punya Penangan

Telah sampai ke penghujung semester pertamaku dalam study master ni. Fuhhh....memang gila. Tiba2 aku rasa macam terjun ke dalam kuali goreng pisang yang sedang menggelegak. Memang betul apa yang aku dengar dan baca pengalaman orang yang pernah study master ni. Banyak yg perlu diketepikan. Media2 sosial yg dulu aku tekuni....kini sekadar jenguk2 lebih kurang saja...tak sempat semua tu. Kalau nak jenguk lama2 macam dulu, alamat tak siaplah assignment yang dah hampir lupa bagaimana nak memulakannya.

Hari pertama kelas, terus dapat tiga assignmen. Nak tersedak rasa. Nak pitam pun ada. Terkejut badak lagi. Tengah terpinga-pinga terus dihempap dgn job yg berlambak. Aduuuhai...larat ke aku yg dah tak lama lagi nak masuk alam warga emas ni. Mana kerja sekolah yang tak pernah habis nak diselesaikan. Mana bahan rujukan yang aku nak cari. Asyik2 jumpa Uncle Google jelah. Tapi mana cukup.... Jadi karangan budak sekolahlah kalau harapkan pakcik tu saja.

 Paling aku sengalnya....BP aku ni dah mula pacak. Asyik jumpa doktor....sakit belakang pun masa nilah datangnya. Jangan stress.... Tidur awal... Ayat2 doktor tu sedapnya didengar....tapi semuanya tak menepati keperluan aku buat masa ini. Ketiga-tiga assignmen tu mesti disiapkan serentak dalam tempoh dua minggu. Tak tegang urat tengkuk dibuatnya. Tambah pulak kena present setiap subjek tu. Kena siapkan Power Point  lagi. Tak layanlah kertas majong. Nasib baik aku ni dikategorikan kaki gajet juga. Tak adalah buta sangat benda2 alaf baru ni.

Minggu ni adalah kelas terakhir untuk semester ni. Seminggu lepas tu final exam. Mak aiii....boleh ke aku buat. Ya Allah, tolong hambaMu ini. Kuatkan semangat aku.  Kurniakan aku kesihatan yang baik. Permudahkanlah aku menjalani study master aku ni... Kekalkanlah semangat aku di tahap yang tertinggi seperti di awal2 dulu....