Assalamualaikum...

Terima kasih kerana sudi berkongsi coretan saya di halaman ini.

Jumaat, 3 Julai 2015

Menuju Puncak Impian

Alhamdulillah....
Aku sudah sampai ke semester tiga. Syukur... aku masih bersemangat tinggi walaupun kadang2 memang semput sempit dengan segala kepayahan. Segulung IJAZAH SARJANA yang aku idam2kan sentiasa menjadi penguat semangat.

Soal kerja...memang takkan habis. Tapi itu punca rezeki. Bawak jugalah. Ok je..masih boleh kayuh walaupun beban bertambah. Arahan dan permintaan boss tetap dikerjakan. Masih mampu dilaksanakan kerana tidak mahu dianggap mengambil kesempatan dengan alasan belajar ini. Aku yang memilih beban ini...so aku sendiri kena grab beg berat dan besar ni. Insyaallah aku yakin aku mampu settle walaupun kadang2 menyesakkan nafas.

...saat ini aku sedang dalam rutinku menyiapkan assignmen2 yang akan disubmit serentak on coming Sunday. Mau pijar dah biji mata menghadap laptop. Hari ini Sabtu. Tak sekolah dan tak ada tutorial. Memang peluang cantik untuk aku menyiapkan tugasan2 aku yang rasa2 macam tak surut2. Pagi2 lagi aku start. Satu subjek dah nak settle. Ringan sikit. Two more to go... Ya Allah ...help me please!