Assalamualaikum...

Terima kasih kerana sudi berkongsi coretan saya di halaman ini.

Sabtu, 28 November 2015

Aku Sudah Di Garisan Penamat

Pertamanya, alhamdulillah. Besar sangat rasa kesyukuran aku ketika ini. Kenapa? Aku kini telah berjaya menempuh saat sukar selama setahun dalam pengajian Master aku ini. Walaupun masih berbaki dua semester, tapi hari ini telah berakhir kelas tutorial mingguan yang harus aku hadiri selama dua belas bulan yang telah berlalu.

Kedua, akhirnya aku berjaya mengatasi rasa cemas dan kekalutan setiap kali akan menyiapkan assignmen dan exam. Walaupun sebenarnya ada satu lagi tugasan besar yang menanti iaitu yang paling utama/wajib dalam melayakkan aku diiktiraf sebagai pemegang Sarjana. Kertas Projek. Tapi....aku tak mahu memikirkannya lagi. Aku hadap ajelah bila sampai masanya nanti.

Aku nak rest sekejap sehari dua. Nak regang2 urat sikit. Release tensionlah....konon2nya. Sebab lepas ni nak mula menulis proposal untuk project paper pulak. Pun...tengah pening jugak ni. Nak cari supervisor dulu. Lecturer pun belum book lagi. Tengah usha2. ....tidur dulu.