Assalamualaikum...

Terima kasih kerana sudi berkongsi coretan saya di halaman ini.

Sabtu, 31 Disember 2016

Sakitnya Tuh Di Sini

Cukup menyakitkan bila segala yang kita lakukan selama ini hanya dianggap sebagai 'welfare'. Tiada terselit rasa kasih dicelah pemberian tersebut. Aku juga ibarat counter ATM yang dilekatkan pada dinding batu. Tiada perasaan tiada hati. Tak perlu dihormati atau disayangi. Cukup dengan menekan butang-butang yang diperlukan. Segala keperluan hanya melalui sentuhan jejari kosong tanpa jiwa.

#sakitnyatuhdihati#






Khamis, 15 Disember 2016

Submit Day

Sampai juga aku ke detik ini. Alhamdulillah ...Project Paper aku telah berjaya disubmit hari ini. 
Paling happy bila dua lagi sahabatku yang sama2 berjuang untuk mengambil master ini, dapat turut bersama menghantar kertas projek di hari yg sama. Dari mula hingga akhir kami bersama...syukur alhamdulillah ...aku dianugerah sahabat yang sanggup bersusah dan senang ....tetap bersama. Moga kami berjaya berada di pentas konvo bersama juga...

Titik Akhir

Terima kasih ya Allah....hari ini paling bahagia semenjak dua tahun lalu...
Akhirnya aku berjaya menyelesaikan Projek Master ku....aku bagai bermimpi bila semua kekalutan, tekanan yang ku lalui selama penyelidikan ini telah selesai hari ini.

Alhamdulillah ....
Tiada pada yang lain ucapan syukur ku kerana segala ketabahan dan kesabaran yang Kau kurniakan kepadaku....hari ini segala kesukaran dulu terasa hilang bila akhirnya meletakkan noktah di hujung perjuangan ku...