Assalamualaikum...

Terima kasih kerana sudi berkongsi coretan saya di halaman ini.

Sabtu, 17 November 2012

Banyaknya kerja...lambatnya pencen....

....aduhhh tak larat betul nak habiskan kerja aku ni... segalanya mesti dilakukan secara online. Duduk mengadap laptop berjam-jam. Sakit tengkuk, sakit belakang, sakit kepala, sakit mata. Sakit segalanya. Namanya saja cuti tapi bawak balik kerja bertimbun. Ingat cuti2 bolehlah nak kemas rumah, cuti2 Malaysia ke...haiii tak nampak jalan gayanya.

       ................kerja...kerja...kerja.....

Apalah nak jadi? Kerja masih banyak belum siap. Internet pulak...aduhaiiii...lebih slow dari kura2. Rasa nak kunyah aje laptop ni. Tak buat nanti...nak nahas dengan boss. Tengok ekor matapun dah meremang bulu roma. Hai...ya Allah tolonglah aku. Kuatkan hati aku menghadapi situasi ini.

....time is running out...
...aku dah gabra ni. darah dah naik kepala. Ni aku relaks kejap...nak hilangkan stress...takleh gi dah. Brake kejap. Hirup kopi. Kudap biskut cap ping pong dua tiga keping dulu.

Ni aku nak berkisah sikit kenapa jadi macam ni. Aku bukan nak salahkan orang. Tapi yang aku bengang aku ni take over kerja orang. Pulak tu bagi kat aku bila masa dah hujung2. Nak tolak...arahannya dari boss. Aku bukan tak nak tolak tapi aku ni jenis tak pandai nak bantah arahan boss walau pun aku tahu apa yang bakal aku lalui. Ala2 penakut la juga tu kiranya...hemmm apa nak kata lagi. Pencen lambat lagi...dah tu konon sambung servis lagi. Nyesal pulak ambik opsyen 60 tu.

Apa nak kata lagi...

Sekian.


"Yang Menurut Perintah"






Tiada ulasan:

Catat Ulasan